Friday, May 7, 2010


" Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadaNya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang Yang soleh ". Al-Munafiqun:10


PELUANG WAQAF :

Yayasan Sofa dalam usaha mengumpulkan Dana dalam satu Tabung Waqaf / Amanah di bawah pengurusan Yayasan Sofa bagi menjalankan urusan kebajikan ummah, peluang pendidikan dan perkembangan Dakwah Islamiah seperti yang dinyatakan di bawah Perlembagaan YSNS, bagi tujuan kebajikan amal jariah.

Dana wakaf dalam bentuk wang tunai adalah dibolehkan dalam Islam bagi menggalakkan kebajikan dan usaha-usaha kearah kebaikan, tujuan-tujuan berdakwah, kebajikan masyarakat dan pembangunan ummah.

Pembelian tanah untuk Wakaf dan Pembangunannya ini adalah di bawah kendalian Yayasan Sofa Negeri Sembilan, di Lot no. 1322, Mukim Chengkau Daerah Rembau, Negeri Sembilan dengan keluasan 1.8970 hektar ( 4.6874 ekar ).

Dengan bantuan amalan Wakaf ini akan dapat meringankan perbelanjaan kerajaan serta menjadi pelengkap ( complimentary ) kepada usaha-usaha pembangunan dalam penyediaan kemudahan-kemudahan perkhidmatan pendidikan, dakwah dan kebajikan dan seumpamanya kepada masyarakat Islam.

OBJEKTIF WAQAF YSNS :

Menggalakkan amalan sedekah jariah di kalangan umat Islam dan sebagai alternatif untuk melaksanakan Ibadah wakaf.

Melahir dan menzahirkan pembangunan institusi wakaf dengan lebih produktif dan berwibawa dalam menggerak pembangunan sosial dan pendidikan umat Islam.


Meningkatkan pegangan aset umat Islam yang akan digunakan untuk kepentingan agama dan pembangunan ummah dalam meluaskan saluran kebajikan dengan sistematik dan berkesan.

PENYERTAAN :

Peluang ini adalah terbuka kepada seluruh Muslimim dan muslimat. Pewakaf mewakafkan wang tunai melalui pembelian dan penebusan tanah yang dicadangkan berdasarkan keluasan yang dihajatkan. Sebagai contoh, 1 kaki persegi adalah dengan harga RM 50.00, bagi pihak dirinya atau orang lain (termasuk yang telah meninggal dunia).

SIJIL WAQAF :

Waqaf yang ditawarkan beharga RM50 , RM100 , RM250. Sijil seperti diatas akan diberikan untuk setiap pembelian waqaf.