Sekolah Tinggi Assofa




Sekolaj Tinggi Agama As Sofa (Sebelumnya dikenali sebagai Maahad As Sofa) merupakan sebuah pusat pengajian peringkat menengah yang dikelolakan oleh Yayasan Sofa Negeri Sembilan (No.Pen.0202/04/9). Sekolah ini memberikan penekanan kepada pengajian ilmu agama dalam Bahasa Arab, pengajian Bahasa Arab yang efektif dan hafazan ayat-ayat al Quran.

Bagi mencapai matlamat tersebut, sekolah ini mengaplikasikan kaedah pengajian tradisi ulama’ yang belajar secara menghafaz matan-matan ilmu dan ayat-ayat al Quran. Di samping itu juga, para pelajar turut diajar dengan mata pelajaran akademik oleh guru-guru yang berkelulusan dan berpengalaman.
Kaedah pengajian ini disediakan khusus bagi para pelajar yang benar-benar berminat untuk menguasai ilmu agama dan Bahasa Arab secara mendalam dan jitu bagi memastikan pelajar keluaran sekolaj ini mampu memikul tanggungjawab sebagai ahli profesional Islam yang hebat.
FALSAFAH : “Membentuk llmuwan Islam Yang Profesional, Bertaqwa dan Terbilang”
OBJEKTIF :•
Mengaplikasikan disiplin pengajian ilmu Islam yang mantap berdasarkan kaedah tradisi unggul ulama’ silam.
  • Melahirkan pelapis ulama’ yang benar-benar menguasai Bahasa Arab dan ilmu-ilmu Islam di samping mempunyai akhlak yang mulia sehingga mampu memikul tanggungjawab sebagai seorang ulama’ Ahli Sunnah wal Jama’ah dan menangkis segala fahaman yang batil.
  • Menjana intelektual Muslim yang peka, bijak dan cekap dalam menangani permasalahan masyarakat luaran dan dalaman.
  • Membentuk generasi pelajar yang mampu membawa masyarakat kembali menghayati keindahan Islam dan mengamalkan corak murni kehidupan seorang Muslim sejajar dengan al Quran dan Sunnah.
  • Memacu kemodenan dan pembangunan melalui ilmuan Islam yang profesional dan berwawasan.
PENGAJIAN YANG DISEDIAKAN :
1. TINGKATAN 1 / I’DADI
2. TINGKATAN 4 / THANAWI 1
( dan seterusnya mengikut perubahan sesi persekolahan bagi tahun baru )

SUBJEK YANG DITAWARKAN :



KELEBIHAN YANG DISEDIAKAN

Sistem pengajian bersanad. Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian kitab yang disediakan akan dianugerahkan sanad dan ijazah. Pengambilan ilmu secara talaqqi. Berpeluang mengikuti Majlis Khatam Sohih al Bukhari pada setiap bulan Rejab.

Hafiz al Quran

Berpeluang menghafaz al Quran sehingga berjaya menjadi seorang al Hafiz di bawah bimbingan guru al Quran yang berkelulusan dari dalam dan luar negeri.

Penterjemahan
Pelajar yang berkebolehan akan dibimbing untuk menjadi penterjemah dan penulis buku.

Tenaga Pengajar
Tenaga pengajar yang berkelulusan dari dalam dan luar negeri serta berpengalaman


Program Bersama Ulama’ Dunia Islam
Pelajar-pelajar berpeluang bertemu, mendengar ceramah dan belajar dengan ulama’ terkenal dari Timur Tengah dan Nusantara yang sering mengadakan program ziarah dan dakwah ke madrasah ini.


Sistem Pentarbiahan Mengikut Salafussoleh
Pelajar ditarbiah membudayakan akhlak salafussoleh dan mempraktikkan amalan-amalan sunat seperti solat sunat, zikir dan wirid secara konsisten dan sistematik.

Biasiswa
Pelajar yang cemerlang, berdisiplin dan bersungguh-sungguh. Diberi keutamaan kepada golongan yang kurang berkemampuan.


Perpustakaan
Kemudahan perpustakaan yang dilengkapi dengan pelbagai bahan rujukan.


Kelas Komputer
Pelajar berpeluang mengikuti kelas komputer dan mempelajari kemahiran yang disediakan.


Kemudahan Penginapan
Penginapan yang selesa dan mempunyai panorama yang indah.


Penyediaan silibus berdasarkan KBSM Kementerian Pelajaran Malaysia dan pengajian Islam tambahan disusun berdasarkan idea dan seliaan pakar-pakar berikut :


Al Muhaddith Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn ‘Alawi al Maliki (Pakar Hadith dari Makkah al Mukarramah)


Al Mufassir Sayyid Ahmad ibn Sayyid Muhammad ‘Alawi al Maliki (Pakar Tafsir dari Makkah al Mukarramah)


Al Muhaddith Sayyid Muhammad Abdul Ba’ith ibn Ibrahim al Kitani (Pakar Hadith Mesir)

Al Usuli Dr. Umar Kamil (Pakar Usuluddin dan Ekonomi Islam di Arab Saudi dan Wakil Hubungan Antara Maahad as Sofa dan Universiti al Azhar)


Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki (Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan).